Baru-baru ni ramai yang agak terkejut dengan keputusan PMR yang jatuh berbanding tahun lepas. Pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula dah menjadi takut kalau-kalau keputusan SPM tahun ni lebih teruk berbanding tahun lepas. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Jumaat lepas, aku sempat bersembang dengan sepupu aku yang merupakan kakitangan PPD Kuala Kangsar. Antara peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Orang akan memandang lebih kepada SPM. Jadi, KPM mungkin akan membantu serba sedikit dengan menurunkan gred. Tambahan lagi, Pilihan Raya Umum dijangka berlangsung pada bulan Mac. Mungkin la, kerajaan akan bantu di sini. Tapi, jangan terlalu mengharap sangat. Ini semua kuasa KPM. Kalau dia nak jadikan 90% merupakan markah lulus, itu kuasa mereka. Tapi takde la 90% baru lulus. Apa-apa pun, teruskan berdoa.
Posted by
Ameyr Savier