SPM Result

Seperti mana yang anda telah tahu.. Keputusan SPM dah pun keluar.. Aku dapat 8A1B.. 1B?? B tu Pendidikan Islam.. Ada yang gelak sebab aku dapat B dalam subjek ni.. Tu la.. Aku ingatkan Sejarah yang dapat B.. Sekarang ni aku dalam usaha untuk buat 'recheck' sebab masa percubaan Pendidikan Islam aku dapat A..

Posted by
Ameyr Savier

More

New Chapter

Permulaan hidup baharu. Cerita baharu. Cabaran baharu. Semua baharu. Zaman persekolahan yang telah ditinggalkan. Ingin kembali ke zaman itu. Memori bermain-main di minda. Namun, sejarah sudah menjadi sejarah. Yang lalu tidak akan kembali. Masa hadapan yang menanti. Biarlah kisah 2012 menjadi kenangan. Ciptalah cerita baharu pada 2013. Teruskanlah perjuangan. Supaya kejayaan dapat dilakar. Semoga cita-cita dapat dicapai. Sepanjang 365 muka surat. Kita yang menentukan. 

Posted by
Ameyr Savier

More

Cerita Lesen L

Semalam merupakan 'first time' aku bawa kereta manual. Sebelum ni aku ada bawa kereta tetapi kereta auto. Kereta manual dengan kereta auto ni lain sikit. Semua dah tau la yang kereta manual ni ada klac. Mula-mula aku ingat klac ni sekadar nak masuk gear je. Rupanya nak berhenti, nak bergerak dengan berhenti di bukit, klac memainkan peranannya. Masa bawa kereta semalam dah banyak kali kereta termati enjin gara-gara tak mahir main dengan klac. Klac ni tak boleh nak lepas terus je. Kena lepas sikit-sikit. Kalau tak, mati enjin. Masa dah nak habis waktu belajar tu dah ok la sikit. Aku bawa kereta, jurulatih aku siap tidur lagi kat sebelah. Hahaha. Dah 'smooth' aku bawa kereta kot. Keseluruhannya, tiada kemalangan berlaku.


Posted by
Ameyr Savier

More

Gred SPM 2012 Naik, Kekal Atau Jatuh?

Baru-baru ni ramai yang agak terkejut dengan keputusan PMR yang jatuh berbanding tahun lepas. Pelajar-pelajar yang mengambil SPM pula dah menjadi takut kalau-kalau keputusan SPM tahun ni lebih teruk berbanding tahun lepas. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Jumaat lepas, aku sempat bersembang dengan sepupu aku yang merupakan kakitangan PPD Kuala Kangsar. Antara peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM. Orang akan memandang lebih  kepada SPM. Jadi, KPM mungkin akan membantu serba sedikit dengan menurunkan gred. Tambahan lagi, Pilihan Raya Umum  dijangka berlangsung pada bulan Mac. Mungkin la, kerajaan akan bantu di sini. Tapi, jangan terlalu mengharap sangat. Ini semua kuasa KPM. Kalau dia nak jadikan 90% merupakan markah lulus, itu kuasa mereka. Tapi takde la 90% baru lulus. Apa-apa pun, teruskan berdoa.

Posted by
Ameyr Savier

More
Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger