Lawak Kampus

Semalam aku pergi  jalan-jalan ke Ipoh Parade. Kemudian aku singgahlah ke Popular. Sudah lama aku tak pergi ke Popular di Ipoh Parade. Kedudukan buku-buku pun dah berubah. Agak sukar untuk mencari kerana dah terbiasa dengan kedudukan yang lama. Biasalah, kalau pergi ke kedai buku mesti cari komik. Lebih-lebih lagi komik Gempak. Setelah puas mencari, jumpa juga akhirnya rak buku komik. Aku ternampak buku Lawak Kampus dimana buku-buku Lawak Kampus daripada jilid satu hingga lima dihimpunkan. Terasa nak beli tetapi malangnya aku dah ada semua buku Lawak Kampus daripada jilid satu hingga sepuluh. Jadi, takkan hendak beli semulakan? Harga pun agak murah. RM29.90 (kalau tak silap) aje.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger