Kelab Boling Sekolah Menghadapi Konflik


Aku bersama ahli jawatankuasa yang lain sedang sibuk menguruskan pertandingan boling yang akan dijalankan tidak lama lagi. Aku tolong buat borang penyertaan berserta syarat-syarat pertandingan. Esok aku, Zaid dan Syarool akan pergi ke Ipoh Parade untuk menempah tempat dan menanyakan bayaran yang perlu dibayar. Dalam masa yang sama, aku mendapat berita yang buruk. Menurut Zaid, cikgu penasihat mengatakan bahawa kelab boling akan dibubarkan pada tahun hadapan. Cikgu cakap kelab boling memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Bagiku, hal ini bukanlah menjadi suatu isu kerana ahli kelab boling yang lain tidak pernah 'complain' tentang perkara tersebut. Aku mengharapkan perkara tersebut cuma khabar angin.

3 comments:

  1. Jangan cepat berputus asa.Berusahalah supaya kelab itu berdiri teguh kembali.

    ReplyDelete
  2. Kitorang memang dah bersatu hati nak jumpe ngan penolong kanan kokurikulum utk setelkan masalah ni.. Sebagai ahli perbahasan sekolah.. Kitorang akan berbahas dengan cikgu esok..

    ReplyDelete
  3. Dah selesai dah pun.Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger