Pada 1 November 2010, pihak sekolah telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke UTP. Seramai 37 pelajar yang turut serta dan diiringi oleh dua orang guru. Ini merupakan kali ketiga aku menjejakkan kaki di UTP. Kami semua berpeluang untuk masuk dan melihat bangunan-bangunan yang terdapat di UTP. Apa yang menarik perhatianku adalah perpustakaan. Perpustakaan di UTP sangat besar dan terdapat juga kemudahan seperti televisyen dan komputer. Kemudian, kami pergi ke galeri UTP dan beberapa tempat yang lain. Kami semua pulang dari UTP lebih kurang pada pukul 12 tengah hari.
Seronoknya...tetapi apakan daya ana hari ini tarak sihat..tak boleh ikut laa...
ReplyDeletesape suruh sakit..
ReplyDelete