Aku membeli novel ini di Popular. Masa itu, aku dan keluarga sedang bercuti di Sabah. Aku membelinya pada malam terakhirku di Sabah. Aku membeli buku ni tanpa berfikir panjang. Aku cuma membaca sinopsisnya di belakang 'cover' buku ini. Kemudian, aku terus ke kaunter dan membayar buku ni tanpa menyelak muka surat di dalamnya terlebih dahulu. Novel ini memang menarik dan menyebabkan aku dapat habis membaca novel yang setebal 444 muka surat dalam masa 3 hari sahaja.
Sinopsis:
Rusdan hidup sebumbung dengan tiga orang sepupunya. Antara mereka, dia paling terpelajar. Lantas dia sering menjadi pilihan bagi menyelesaikan masalah-masalah sepupunya. Masalah berkenaan cinta, kehormatan dan sebagainya. Namun, Rusdan tetap tidak mampu menemui apa yang dikejar.
Di sisi lain, Fatima, gadis yang tidak punya pilihan dalam hidup. Dia hanya mahu membahagiakan ibunya. Lalu Fatima bertangguh mengejar apa yang dia mahu, sebaliknya mengejar apa yang sudah dipilihkan untuknya.
Hidup mereka berdua berlangsung dalam kesamaran, dan tanpa mereka sedari, apa yang mereka berdua kejar itu hanya di seberan jalan.

0 comments:
Post a Comment