Kini Menjadi Kenangan


Inilah gambar kami semasa mengadakan jamuan koperasi di salah sebuah hotel yang terdapat di Ipoh. Gambar yang menyimpan segala kenangan yang berkaitan dengan koperasi. Kini, kita tidak akan melihat guru penasihat koperasi lagi kerana mereka telah ditukarkan kepada cikgu yang baru. Sebab ditukar masih belum diketahui. Walaubagaimanapun, aku tetap merasakan guru penasihat yang lama lebih baik daripada guru penasihat sekarang. Pn. Shaw Wanni dan Pn. Rashidah merupakan seorang cikgu yang mesra dengan pelajarnya. Jikalau kami ada masalah berkaitan dengan koperasi, kami boleh memberitahu terus kepada mereka tanpa ada perasaan takut. Sekarang, guru penasihat kami macam tidak boleh dibuat kawan. Mungkin juga boleh, tetapi perlu mengambil masa yang agak lama. Ada satu kisah dimana cikgu penasihat yang baru tidak membenarkan ahli koperasi untuk memasuki badan sekolah yang lain seperti pengawas, SPBT, ketua kelas, dan pengawas pusat sumber. Kemudian, cikgu itu tanya Zaid dia dapat berapa dalam PMR sebab dia merupakan ahli SPBT. Nasib baik dia dapat 8A dalam PMR. Kalau tidak, mesti dia kena perli. Lagi satu, aku nak cerita pasal seorang ahli koperasi yang bernama Dinesh. Pada tahun ini, dia ada juga datang membantu kami walaupun dia sudah habis SPM. Aku dengan dia agak rapat kerana kami selalu bertugas bersama-sama pada suatu ketika dahulu. Selepas itu, dia ada tolong pasangkan komputer untuk kelab koperasi (waaa.. koperasi sekolah dah maju). Komputer itu harus dijaga dengan baik. Biasalah apabila dah ada komputer, mesti ada yang gatal tangan nak main 'game' la, dengar lagu la, dan macam-macam lagi. Jadi, komputer itu telah diprogramkan supaya sesiapa yang ingin memasang komputer tersebut, dia perlu memasukkan kata laluan. Huh!! Sudah lama aku menaip. Jadi, aku ingin menamatkannya di sini. Aku harap selepas ini kelab koperasi akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.

3 comments:

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger