Pagi tadi aku ada raptai di sekolah lama iaitu SMK St. Michael. Selepas habis raptai, aku telefon ibuku untuk ambil di sekolah. Ibuku cakap dia tengah membeli barang, mungkin ambil lambat sedikit. Jadi, aku membuat keputusan untuk pergi ke kedai buku sementara menunggu ibuku tiba. Hendak pergi ke kedai, aku terpaksa melalui Padang Ipoh. Dalam perjalanan, aku terpandang ada beberapa air pancut yang berpusing di tengah padang. Aku terfikir. Kenapa perlu ada air pancut di tengah padang? Selalunya air pancut digunakan untuk pertanian. Kemudian, aku terpandang rumput-rumput di Padang Ipoh. Warnanya sudah keperangan. Baru aku tahu kenapa. Pada mulanya aku tidak perasan yang rumput telah bertukar warna. Hmmm. Sekarang ini cuaca semakin panas. Hujan pun kurang. Nak buat macam mana lagikan? Manusia juga yang menjadi punca masalah ini berlaku.

panas..
ReplyDelete