Teater, oh, teater. Pada malam ini, pasukan teater sekolah akan mengadakan persembahan sempena Old Boy Weekend (OBW). 'Old boy' mahu kami semua membuat persembahan di hadapan 'old boy' dan juga pelajar-pelajar STAR. Huh. Ini merupakan satu tugasan yang agak berat kerana 'old boy' mengharapkan yang terbaik daripada kami. Walaubagaimanapun, ahli pasukan teater bukanlan seratus peratus daripada apa yang ada dalam gambar. Ini kerana ada antara kami telah menarik diri. Gambar di atas merupakan pasukan teater semasa mengadakan persembahan sempena Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

0 comments:
Post a Comment