Ramadhan hampir tiba. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Tahun ini merupakan tahun pertama aku merasakan berpuasa di asrama. Tentu suasananya begitu berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Tambahan lagi, sekolah aku terdiri daripada pelajar di seluruh Malaysia. Mesti ada antara kami terasa rindu dengan halaman rumah. Mungkin juga mereka akan memainkan lagu-lagu raya di mp3 mereka. Mesti terdapat pelbagai karenah daripada pelajar-pelajar STAR. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini. Insyaallah.
0 comments:
Post a Comment