Nampaknya, tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan pergi. Semoga kita dapat bertemu semula pada tahun akan datang. Ramadhan bersilih ganti dengan Syawal. Bulan Syawal di mana kita akan menyambut hari yang mulia iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sebut pasal raya, ramai kawan-kawanku yang telah membeli tiket balik. Ada yang balik dengan bas dan ada yang balik naik kereta api. Maklumlah tiket terhad dipasaran. Selain itu, lagu-lagu raya telah pun berkumandang di radio dan juga di pasaraya yang sedang mengadakan promosi jualan hari raya. Selain itu, bunyi mercun sudah pun kedengaran. Walauapapun, semoga perjalanan anda ke kampung akan diberkati dan tiba di destinasi dengan selamat. Kepada yang tidak berpeluang hendak pulang ke kampung, janganlah bersedih. Hari raya kita mesti raikan dengan gembira. Akhir kata, aku ingin menyusun sepuluh jari dan meminta maaf kepada anda semua sekiranya terdapat salah dan silap. Semoga kita dapat bertemu di hari yang mulia ini.
0 comments:
Post a Comment