Dalam hidupku ini, hanya terdapat dua orang yang aku tidak boleh kalah (untuk peperiksaaan awam). Orang yang pertama ialah 'Y' dan yang kedua ialah 'Z'. Aku tak akan beritahu siapa mereka dan yang pasti mesti ramai yang mengenali 'Z' ni. Kenapa aku tidak boleh kalah kepada mereka? Aku tidak boleh kalah kepada mereka kerana merekalah golongan yang sentiasa berusaha untuk menandingi aku. Sewaktu UPSR daripada 3 orang ini (termasuk aku), cuma aku seorang yang mendapat 5A. Sewaktu PMR, hanya aku dan salah seorang daripada mereka yang mendapat 8A dan lagi seorang mendapat 7A. Jikalau hendak dibandingkan diri mereka dahulu dan sekarang, terdapat begitu banyak bezanya. Sekarang, 'Z' berada di hadapan aku. Sudah tiba masannya untuk aku memecut laju memotongnya. Agar keputusan SPM aku lebih baik daripada mereka berdua.
P/S: Sama-sama dapat 9A+ lagi bagus!
0 comments:
Post a Comment