Cuti

Hari persekolahan dah tamat! Sememangnya ini yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan pelajar. Aku tak tahu nak buat apa semasa cuti. Mula-mula nak siapkan 'assignment' masa cuti. Lepas tu? Aku fikirkan kemudian. Mungkin keluar dengan kawan-kawan. Maklumlah masa sekolah tak ada masa untuk berjumpa. Semua bawa haluan masing-masing selepas PMR. Kemudian, tahun ni nak tuisyen di Pusat Tuisyen Utama (PTU) untuk sebulan sebab bulan Januari nak kena masuk asrama semula. Tahun hadapan nak SPM. Cuti-cuti ni kenalah menghadap buku. Kepada buku sekalian, selamat bertemu kembali. Semoga aku mendapat kejayaan 9A+. Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger