Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Seperti yang anda tahu, SPM semakin hampir. Walaupun aku tidak mengambil SPM pada tahun ini tetapi memandangkan tahun hadapan aku akan menghadapi peperiksaaan awam ini, aku tetap merasakan debarannya. Walaupun seseorang itu mendapat 5A dalam UPSR. Walaupun seseorang itu mendapat 8A dalam PMR. Ini tidak menjamin kita untuk mendapat 9A+ (untuk aliran sains tulen) dalam SPM. Masih belum terlambat untuk belajar (untuk Tingkatan 4). Ada seorang pelajar Tingkatan 5 di sekolah aku. Dia agak peramah dengan orang lain. Dia telah menceritakan keputusan Matematik Tambahannya. Pada peperiksaan pertengahan Tingkatan 4, dia telah gagal. Dia telah berusaha bersungguh-sungguh, bertanya kepada guru, membuat latihan dan lain-lain lagi. Hasilnya, dia telah memperolah gred A untuk percubaan SPM. Ini menunjukkan bahawa gagal sekarang, berjaya kemudian. Jangan rasa kecewa apabila gagal. Yang penting, semangat untuk terus belajar. Kepada abang-abang Tingkatan 5, BERUSAHALAH!

2 comments:

  1. hadi azman
    --------------------------------------------------
    kepada: ameyr savier

    assalamualaikum,maaf menganggu tapi aku ada sedikit masalah.semenjak aku masuk sbp tahun lepas,perwatakan aku jadi berubah.dullu masa dekat smi,aku selalu menumpukan pelajaran.aku x pernah sesekali pun tidur dlm kelas.tapi bila kat sesta,aku selalu tidur dalam kelas;malas buat h/w dan membaca buku,mengulangkaji pelajaran.aku x tahu kenapa perangai aku jadi macam ni.keputusan aku,MASYA ALLA.teruk.

    subjek add math chapter1 pun aku tak leh master.

    tolonglah bagi saranan.

    kawanmu yg sdg buntu,
    HADI

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam sahabat lamaku..

    Aku pun selalu tidur kat kelas tahun lepas.. Tapi sampai bulan 6 je.. Itu sebenarnya perkara biasa yang akan berlaku.. Mungkin kau x biasa lagi dgn suasana asrama.. Tapi kita akan tetap melaluinya di universiti.. Aku x tau la perbezaan suasana di STAR ngan SESTA.. Tapi segala-gala bergantung kepada diri individu.. X kisah la kat mana kita berada.. Selagi kita ada keinginan untuk berjaya.. Selagi itulah ada jalan menuju kejayaan.. Yang penting ada usaha..

    Yang benar,
    Amir Akmal aka Savier95..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger