Hari ini. Tamatlah persekolahan sesi 2010. Walaubagaipun, hari ni bukanlah hari terakhir aku menjejakkan kaki di sekolah ini. Walaupun sekolah telah tamat, aku akan datang ke sekolah pada 9,10 dan 20 Disember untuk membantu cikgu bagi mengambil semula buku pinjaman yang telah dipinjam oleh pelajar-pelajar tingkatan 5. Kepada pelajar tingkatan 5, semoga berjaya dalam menghadapi peperiksaan SPM (iklan sebentar). Buku-buku tidak dapat diuruskan jikalau tiada pelajar yang membantu. Jadi, aku, Hasri, Firdaus dan Ikmal telah menawarkan diri untuk membantu cikgu. Seronok juga datang sekolah pada cuti sekolah. Akhir kata, selamat bercuti kepada semua rakan sekolah. Semoga dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteRajinnya Amir...
ReplyDelete