Perginya Seorang Michaelian


Semalam merupakan hari terakhirku di St. Michael. Sebelum pergi, kami (Aku, Zaid, Ikmal, Hadi dan Syarool) telah bersepakat dengan guru SPBT untuk mengadakan jamuan di bilik  SPBT. Ramai juga cikgu yang hadir. Lebih ramai daripada ahli SPBT. Selain itu, Meor dan Aiman pun turut serta kerana mereka juga akan meninggalkan St. Michael. Jamuan tersebut bermula pada waktu rehat sehingga tamat waktu persekolahan. Sepanjang jamuan tersebut dijalankan, ramai cikgu yang hadir dan turut memberi kata-kata semangat kepada kami. Ucapan yang paling saya tertarik ialah "Sekali kamu menjadi Michaelian, kamu akan menjadi Michaelian buat selama-lamanya". Itulah ucapan yang diberikan oleh Cikgu Adi. Selepas tamat waktu persekolahan, kami menuju ke masjid negeri untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas habis solat, aku, Zadi, Meor dan Amir Muchlas telah merancang untuk bermain boling di Ipoh Parade. Jadi, kami pun pergi dan bermain sebanyak dua 'game'. Setelah pukul 5 petang, kami semua balik ke rumah masing-masing. Apabila difikirkan semula, bila kami dapat keluar macam ini lagi? Aku mengharapkan kita dapat berjumpa lagi pada suatu hari walaupun kita terpisah jauh.

2 comments:

  1. Sedih...
    Aku harap kita boleh pergi Parade...
    dan dimarah oleh ibu bapa kerana pergi parade sedangkan kita ckp ada debate..

    ye tak??

    ReplyDelete
  2. hg je yg kena marah..
    aq x.. hahahaha..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger