Bermulanya Kehidupan Baharu


Kehidupanku sebagai seorang Michaelian sudah tiba ke penghujungnya. Esok, bermulanya kehidupan baharu iaitu kehidupan sebagai seorang Starian. Terpaksalah berpisah dengan rakan-rakan yang lama dan berjumpalah dengan rakan-rakan yang baharu. Rasa rindu pula hendak meninggalkan St. Michael. Teringin juga nak tahu macam manalah keadaan di sekolah tanpa aku. Rasanya tiada apa-apa yang menarik berlaku. Selain itu, aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada 'handphone'ku iaitu Nokia X6. Aku selalu tangkap gambar guna kamera 'handphone' ini. Kalau boleh, aku nak bawa sekali. Malangnya, tidak boleh. Hmm. Macam manalah kehidupan aku di STAR? Apa-apapun, nanti aku cerita lagi apabila ada kelapangan.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger