Selamat Tinggal


Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Masanya telah tiba untuk aku meninggalkan St. Michael. Bukan aku seorang sahaja tetapi ada lagi 4 rakanku yang akan turut meninggalkan St. Michael iaitu Zaid, Meor, Ikmal dan Hadi. Hadi masih tidak pasti sama ada mahu pergi ataupun tidak. Tapi, aku dah tetapkan pendirian bahawa aku akan pergi juga walaupun terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku kerana aku akan melanjutkan pengajian di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR). Sebenarnya aku tidak menyangka bahawa aku dapat masuk ke STAR. Pada mulanya, aku tidak serius untuk masuk ke STAR kerana aku menyangka bahawa aku tiada peluang masuk ke sekolah ini. Tapi pada Isnin yang lepas, aku telah mendapat tawaran untuk masuk ke STAR. Aku rasa agak gembira kerana STAR bukanlah sebuah sekolah yang mudah untuk masuki. Untuk pengambilan pelajar Tingkatan 4, hanya 45 orang sahaja dari seluruh Malaysia yang layak untuk masuk ke sekolah ini kerana STAR tidak hanya mengutamakan akademik tetapi turut mengutamankan aspek kokurikulum. Jadi, peluang hendak masuk agak tipis. Apa-apapun, aku cuma tinggal lebih kurang dua minggu sebelum aku mula mendaftar untuk kemasukan Tingkatan 4 di STAR.

5 comments:

  1. sedih nye...
    aku pindah tapah..
    ikmal pindah seremban...
    meor pindah bagan datoh..

    huhu!!!

    ReplyDelete
  2. sume pindah lain-lain tempat kecuali hg ngan hadi.. dapat satu skolah..

    ReplyDelete
  3. sedihnya...sunyi bilik koperasi..tak ada siapa nak uruskan kedai kopi/halaman-halaman di fb.

    ReplyDelete
  4. Cikgu SPBT la kesian.. Orang kuat SPBT dah pergi.. Nak harapkan siapa lg??

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger