Hari ni aku keluar dari STAR agak awal iaitu pada pukul 10.30 pagi. Aku keluar awal sebab aku hendak menghantar kawan aku yang tinggal di Selangor ke stesen kereta api. Selepas itu, aku pergi ke sekolah lama iaitu St. Michael, Ipoh. Rasa agak kekok juga sebab selama ni aku masuk ke SMI sebagai pelajar tetapi hari ini aku ke sekolah lama aku sebagai pelawat. Hahaha. Tak kisah la. Mula-mula aku ke bilik guru. Saja nak jumpa cikgu-cikgu lama. Lepas tu ada juga jumpa dengan rakan-rakan lama. Apabila terjumpa dengan ahli koperasi, mereka akan berkata "Amir. Koperasi sedang bergolak sekarang." Aku dah tau lama tentang perkara ini sebab naib presiden dah memberitahu aku sebelum aku datang SMI hari ini. Rasa macam tak puas hati pun ada. Ramai ahli koperasi yang ditendang keluar termasuk presiden dan naib presiden. Nak buat macam manakan? Kita sebagai pelajar mana ada kuasa. Hmmm. Rabu ni, aku dengan beberapa rakan yang lain akan 'outing' ke Jaya Jusco. Mereka nak lawan boling dengan aku. Hahaha. Ok lah. Aku nak rehat buat sementara waktu ni. Letih sangat.

0 comments:
Post a Comment