Kehidupanku Di STAR


Sudah hampir tiga minggu aku di STAR. Rasa sangat letih kerana setiap hari aku terpaksa berkawad pada waktu petang dan malam. Tapi aku tidak kisah sangat semua tu kerana pada Sabtu depan pertandingan kawad akan diadakan. Selepas Sabtu yang akan datang ni, semua pelajar akan bebas daripada kawad. Maknanya, aku dapat la bermain sepuas-puasnya. Duduk di STAR sangat 'best' walaupun terpaksa kawad. Petang-petang kalau tidak ada kawad, aku biasanya akan bermain bola. Pelikkan. Sebelum ini aku tak pernah teringin nak main bola. Hahahaha. Makanan di STAR pula rasanya sedap. Kadang-kala ada juga tak pergi makan sebab rasa malas hendak makan. Sejak aku duduk di STAR, aku jarang terfikir pasal makanan. Itu salah satu keajaibannya. Di STAR ada macam-macam istilah yang digunakan. Salah satunya ialah 'air puaka'. Maksudnya ialah air yang tersangat panas sehinggakan tak boleh minum. Ada banyak lagi istilah tapi rasa malas pula nak taip. Akhir sekali, 'prep' iaitu waktu berlajar. Kebiasaannya, 'prep' dijalankan pada waktu malam iaitu selepas solat Maghrib. Selalunya, pada waktu 'prep' kami akan mengulangkaji ataupun membuat kerja sekolah. Kebanyakannya akan membuat sekolah. Baiklah. Kali ini aku menaip agak panjang dan aku akan becerita lagi apabila ada kelapangan.

1 comments:

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger