Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sudah 16 tahun aku mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba dan tahun ini merupakan tahun yang ke-17. Sekali lagi aku akan mengharungi peperiksaan awam dan kali ini jugalah aku akan bersengkang mata untuk menggapai bintang yang bergemerlapan di angkasa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum aku menghadapi SPM. Aku masih belum mendapat keputusan yang membanggakan setakat ini. Baru-baru ni aku hanya mendapat 5A. Lagi 4A macam mana? Zaman sekarang ni ramai yang berjaya. Aku pun berkeingin yang sama. Kawan aku yang mendapat 9A pun masih mengatakan keputusannya teruk. Aku lagilah teruk daripada dia. Jadi aku akan berusaha lagi. Berusaha sehingga mendapat keputusan yang diharapkan. Sebelum aku mengundur diri, aku ingin menyusun 10 jari dan meminta maaf kepada semua sekiranya aku ada melakukan salah dan silap. Semoga anda dapat doakan kejayaan aku di sini. Aku mengharapkan kejayaan lalu tidak melalaikan diri sendiri untuk terus maju ke hadapan. Semoga aku dapat menempuhi ujian ini dengan penuh kesabaran dan keimanan. Amin.

0 comments:
Post a Comment