HKSBP Ke-39


Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) telahpun melabuh tirai pada hari ini di Stadium Indera Mulia. Sememangnya terdapat perasaan sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan daripada SPB yang lain setelah 5 hari bertapak di bumi STAR. Terdapat pelbagai kenangan ditinggalkan ketika bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berlangsung dan tidak lupa juga dengan perlawanan bola keranjang. Taniah kepada pasukan yang menang dalam pertandingan bola keranjang dan pasukan bahas yang berjaya ke pusingan akhir. Kepada mereka yang tidak bernasib baik, jangan bersedih kerana tahun hadapan masih ada peluang lagi. Mungkin ada yang ingin melihat gambar-gambar ketika HKSBP berlansung. Gambar-gambar tersebut masih belum 'upload' di Facebook memandangkan jumlah gambar yang diambil terlalu banyak iaitu sebanyak 524 gambar. Gambar-gambar tersebut perlu ditapis dan Insyaallah akan dimasukkan di Facebook pada keesokan hari. Untuk melihat gambar-gambar tersebut anda bolehlah klik di sini, di sini dan di sini.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Copyright © / Extravaganza

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger