Rasanya sudah hampir 3 bulan aku menetap di STAR. Kadang-kala ada juga teringatkan aktiviti yang selalu aku buat sebelum aku masuk ke asrama. Teringin pula ke masa lalu. Apakan daya. Masa tidak boleh berhenti mahupun berpatah balik. Tapi masa akan terus mara ke masa hadapan tidak kira apapun yang terjadi. Kalau tidak boleh ke masa lampau, aku mengharapkan kenangan lalu akan berulang semula pada suatu hari nanti.Teringat peristiwa yang berlaku pada tahun lepas. Aku menyertai pasukan pembahas. Aku banyak menghabiskan masa berlatih dengan Zaid, Syarool, Chan, Mahesh, Syafiq, Dhesegaan, Meor, Zaheen dan Darwiis. Boleh dikatakan setiap kami berlatih. Walaupun kami kalah pada pusingan pertama, kami menganggap ini semua sebagai permulaan kepada kejayaan. Kemudian, aku menyertai kelab boling. Zaid yang ajak aku masuk ke kelab ini. Masih terdapat kenangan yang manis walaupun sedikit. Seterusnya kelab koperasi. Banyak kenangan yang tercipta di sini. Aku selalu bertugas, lepak, buat kerja sekolah, sembang dan macam-macam lagi di sini. Lepas itu, Pn. Shaw Wanni pernah adakan jamuan di hotel. Rasanya memang seronok. Pada tahun ini, cikgu koperasi telah ditukarkan. Arrrgghh. Rasa sedih juga sebab susah nak jumpa cikgu yang selalu beri komitmen kepada kelab ini. Lepas itu kelab SPBT. Aku jadi ahli agak lambat. Aku masuk selepas PMR tamat. Tapi aku suka jadi ahli SPBT. Aku selalu kemas buku, dengar radio, buat bising dan macam-macam lagi. Selepas PMR, setiap hari aku duduk di bilik SPBT sampailah sekolah tamat. Aku dapat merasakan persahabatan antara ahli semakin kuat sebab kami selalu buat kerja bersama. Cikgu selalu adakan jamuan di bilik SPBT. Kenangan terakhir di SMI iaitu kami mengadakan jamuan di bilik SPBT. Ramai cikgu yang hadir. Selepas selesai jamuan, aku menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Masa itu (dalam perjalanan ke masjid) aku mengharapkan persahabatan antara rakan-rakan lama tidak akan luntur walaupun kami terpisah jauh. (Termenung seketika). Kalaulah aku diberi peluang, aku ingin merasai kehidupanku yang terdahulu semula walaupun sekejap.

Teruskan usaha anda.Jangan sesekali menyahaktifkan blog ini.
ReplyDeleteHADI AZMAN.
saya rasa pun nak kembali ke masa silam jugak la..
ReplyDeleteps : do visit me if u had time ;)
hmm.. alangkan indah nyer kalau dpt patah balik..
ReplyDelete